Thursday, December 13, 2012

Gagak yang bijak


Telur sebiji riuh sekampung


Gurindam Jiwa



Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Surat kiriman rasmi


Contoh Surat Kiriman Rasmi Yang Lengkap

Kompleks Penghulu,
Mukim Jorak,
12, Pekan Pagoh,
84600 Muar,
Johor Darul Takzim.
___________________________________________________


Ketua polis,
Balai Polis Daerah Muar,
Jalan Petrie,
84600 Muar,
Johor Darul Takzim.                                                  12 MAC 2000.                                         

Tuan,

Cadangan Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh

Merujuk perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas keselamatan penduduk Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa bimbang dengan kadar kemalangan yang semakin meningkat dari hari ke hari di mukim kami. Perkara yang menyedihkan, tragedi ini melibatkan murid sekolah yang melalui pekan ini untuk ke sekolah. Oleh itu, saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pihak tuan untuk mengatasi masalah kemalangan ini.
2.      Cadangan saya yang pertama adalah untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas, terutamanya pada waktu pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah Bukit Kepong dan Lengga juga sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan inilah, kemalangan mudah berlaku.Tambahan pula terdapat sebilangan kecil pemandu yang mementingkan diri dengan tidak memberi laluan kepada murid-murid sekolah untuk melintas jalan. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa itu, sudah tentu kemalangan dapat dielakkan.
3.       Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat sokongan bagi mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat ini, permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kawasan ini masih dianggap terkawal dan tidak terlalu sibuk. Untuk makluman tuan, pada bulan lalu, sebuah lori yang membawa muatan simen telah terbabas lalu terbalik di kawasan Pekan Pagoh. Kemalangan dikatakan berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat yang menyebabkan pemandu lori dari Parit Sulong tidak memberhentikan lorinya ketika sampai di simpang. Pada masa yang sama, sebuah motosikal datang dari arah Lengga. Dalam usaha mengelakkan motosikal tersebut, lori berkenaan telah terbabas dan terbalik menyebabkan seorang peniaga terbunuh. Oleh itu, jika permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat diluluskan dengan sokongan pihak tuan, saya yakin kadar kemalangan di pekan ini dapat dikurangkan.
4.        Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah keselamatan jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di kalangan pelajar sekolah.Ceramah seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya keselamatan di jalan raya malah dapat melindungi pengguna jalan raya yang lain.
5.        Saya juga mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadakan sekatan jalan raya pada waktu malam.Hal ini bertujuan untuk membanteras lumba motosikal haram di sekitar Batu 8 hingga Batu 13. Kegiatan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam di samping membahayakan nyawa mereka.
6.         Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan perhatian kepada cadangan saya ini. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk meninjau keadaan Pekan Pagoh ini.Seterusnya, saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan penduduk di pekan ini terjamin.
Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang menjalankan tugas,

            Mohiddin

(MOHIDDIN BIN YASMIN)
Penghulu Mukim Jorak


Thursday, November 15, 2012

Kata Bilangan


1. Kata bilangan merupakan kata yan;g digunakan bagi mengira sesuatu.
2. Kata bilangan terdiri daripada kata terbitan
3. Jenis kata bilangan ialah :
    (a) kata bilangan tertentu
          Contoh: satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sempilan, seratus, lima ribu enam ratus, enam juta, dan seterusnya.
    (b) kata bilangan tak tentu
         Contoh: beberapa, setengah-setengah, sekalian, segala, para, semua, dan sebagainya.
    (c) kata bilangan pecahan
          Contoh: setengah, suku, dua pertiga, dan sebagainya.
    (d) kata bilangan pisahan
          Contoh:  masing-masing, setiap, dan tiap-tiap                                                                                  
    (e) kata bilangan himpunan
         Contoh:  berabad-abad, berbulan-bulan, berpuluh-puluh, kedua-dua, pelbagai, ribuan, dan sebagainya                                                                    
    (f) kata bilangan tingkat
         Contoh:  pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya



"Musuh yang paling utama adalah ketakutan dan kebimbangan. Teman yang paling setia hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh"
                                                                                                    - Andrew Jackson

Tuesday, November 13, 2012

Kata Ganti Nama


Kata Ganti Nama

1. Kata ganti nama ialah perkataan yang mengambil tempat kata nam sebagai ganti.
2. Bahagian kata ganti nama:
    (a) kata ganti diri;
    (b) kata ganti tanya;
    (c) kata ganti tempat ;
    (d) kata ganti tunjuk ;
    (e) kata ganti tak tentu.

Kata Ganti diri

1. Kata ganti diri merupakan kata yang dipakai untuk mengganti nama orang,
2. Bahagian kata ganti diri
    (a) Kata ganti diri pertama
         Contoh : aku, beta, hamba, kami, kita, patik, dan saya

     (b) Kata ganti diri kedua
          Contoh: anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu, dan tuanku

    (c) Kata ganti diri ketiga
          Contoh: Baginda, beliau, dia, ia, dan meraka 

Kata Ganti diri Singkat
Bentuk kata ganti diri yang boleh disingkatkan seperti :
  •              Aku menjadi ‘ku’

                Contoh, pen itu masih ada padaku.
  •       Engkau menjadi ‘kau’

                Contoh, lukisan yang kau lukis itu sungguh cantik.
  •        Kamu menjadi ‘mu’

                  Contoh, lagu ini hanya untukmu
  •         Dia atau ia menjadi ‘nya’

                  Contoh, Saya tidak mahu mengganggunya
Kata Ganti Tanya

1. Kata ganti tanya digunakan semasa membentuk ayat tanya.
2. Digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat, dan bilangan.

Kata Ganti Tempat

1. Kata ganti tempat merupakan kata yang dipakai untuk menggantikan kata nama tempat.
2. Tiga jenis kata ganti tempat ialah sana, sini, dan situ.

Kata Ganti Tunjuk

1.  Kata ganti tunjuk merupakan kata yang dipakai untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
2. hanya terdapat dua sahaja kata ganti tunjuk iaitu ‘ini’ dan ‘itu’.

Kata Ganti Tak Tentu

1. Kata ganti tak tentu merupakan kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak     menentu.   
2. Contohnya, ‘apa-apa’, ‘berapa-berapa’, ‘mana-mana’, dan ‘siapa-siapa’.


                            "Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri manusia yang kecil itulah terdapat satu alam yang besar."
                                                                                                      - Saidina Ali Abi Talib r.a

Monday, November 12, 2012

Selamat Datang



KATA NAMA

1. Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada manusia, benda, haiwan, tempat dan sebagainya.
2. Tiga bahagian yang tergolong dalam kata nama, iaitu :
  • kata nama am;
  • kata nama khas;
  • kata nama arah.
Kata Nama Am
1. Kata nama am merupakan perkataan yang menunjukkan perkara, benda, atau konsep yang bersifat 
    umum.
2. Kata nama am terbahagi kepada beberapa bahagian berdasarkan ciri dan maksud perkataan.

Contoh 
Benda hidup: Manusia, haiwan, dan tumbuhan













Benda bukan hidup: Meja, Jam dinding, kerusi,
pasar, klinik dan lain-lain






Kata Nama Khas
1. Perkataan yang menunjukkan nama sesuatu benda, manusia, binatang, institusi, peraturan, bangsa, bahasa
    dan pangkat.
2. Huruf pertama ditulis menggunakan huruf besar.
Contoh
Doktor Haris ( benda Hidup)













Proton Preve (Benda bukan hidup)


































Untuk mengetahui lanjut mengenai 
Kata Nama sila ke:


http://www.slideshare.net/ajinur3692/pw-nota-kata-nama
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
http://id.scribd.com/doc/2907940/KATA-NAMA-BM
http://portalbahasamelayu.fateback.com/knama.htm



"Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah  "
                                                                                     -Lao tze